Friday 21 September 2012

perempuan:kerja @ suri rumah sepenuh masa

"ruginya la, ada degree, tp xkeje.."



ini antara isu yang agak besar bagi seorang wanita lebih-lebih lagi jika seseorang itu mempunyai kelayakan yang tinggi seperti ijazah atau diploma (aq selalu kena). tetapi kurang menjadi isu bagi mereka yang kurang berkelayakan.. mm.. kenapa eh??

mungkin sebab, bila belajar tinggi2, banyak makan kos, jadi bila seseorang itu tidak bekerja, sama ada menganggur atau menjadi surirumah sepenuh masa, tak dapat la pulangan. duit tak masuk. orang bila dah keluar modal, mesti la nak dapat untung. bila tak kerja, mana nak dapat income, ganti balik modal yang dah keluar tu. maknanya rugi la..

bagi aq, antara faktor penyumbang kepada seseorang wanita untuk bekerja terutamanya selepas berkahwin:

kemampuan
seseorang wanita akan bekerja apabila suaminya tidak mampu untuk menanggung keperluan keluarga secara seorang diri (kebanyakannya). ini lebih kepada isteri terpaksa bekerja untuk tampung keperluan keluarga (jujur cakap la kan) terutamanya bila tinggal di bandar2 besar. RM3k pun kadang2 tak cukup untuk tanggung satu keluarga. mana nak bayar rumah, kereta, belanja dapur, belanja anak2, bil-bil (air, elektrik, telefon rumah, telefon bimbit dan sebagainya), astro, internet, minyak kereta, dan lain2.. terlalu banyak yang perlu ditanggung,. tu baru keperluan asas, belum kira pengasuh atau orang gaji.

kemahuan
bila seseorang suami mampu untuk tanggung isteri, tetapi isteri masih mahu bekerja, ini dipanggil kemahuan. isteri rela hati nak kerja n suami rela hati izinkn isteri kerja. di sini la muncul: "ruginya la, ada degree, tapi tak kerja..". kebanyakannya sebab isteri nak ada duit sendiri, tak perlu lagi nak menghadap suami minta duit. senang nk shopping :p

**untuk wanita, buat la yang mana perlu. kerja atau tidak, terpulang atas diri sendiri.

bagi aq pula, sebagai seorang suri rumah sepenuh masa yang mempunyai ijazah ada pendapat sendiri mengenai faktor aq tak bekerja.

kemampuan (tak ada unsur, sombong atau apa.)
alhamdulillah, buat masa sekarang, suami masih mampu untuk tanggung kami anak-beranak (kami anak beranak je, tak ada orang lain tau, heh~ (amaran keras!!)). jadi, bila suami mampu, lebih baik duduk di rumah, jaga ank, jaga makan pakai suami, jaga uma n lain2 (walaupun kadang2 tak terjaga :p). rilex2. instead of working, bangun awal, siapkan ank, buat sarapan (klu bngun terlebih awl :p ), siapkan suami, pergi kerja, balik kerja (paling tak berkenan, stuck in traffic), masak (kalau rajin), siapkan anak, tidurkan anak, kemas rumah, tidurkan suami (kalau larat :p). peh.. banyak kerja tu (salute la pada mereka yang seperti di atas)..

keadaan sekeliling
disebabkan terlampau banyak kes yang melibatkan kanak2 sama ada di rumah sendiri (angkara orang gaji), rumah pengasuh ataupun taska (tercekik susu, dera, dera seksual (anak dara aq tu dah la cun :)), membuatkan aq tak berkeyakinan nak melepaskan budak2 ni ke tangan orang lain (bukan mintak berlaku, cuma berhati2). jadi, lebih baik la aq sendiri yang jaga supaya tak berputih mata (inilah faktor utamanya).

kesimpulannya..
aq pon teringin juga nak kerja, nak ada duit sendiri cuma tunggu la lagi 2 3 tahun, budak2 ni dah besar sikit, dah pandai. (tak tercekik susu terutamanya.. huhu..) baru la boleh melebarkan sayap. sekurang2nya, tak la asyik teringatkan pasal budak2 ni je. bukannya aq cakap bila budak2 berdua tu dah besar, takkan terjadi apa2 kat mereka, well, accident does happen. cumanya nanti at least diorang memang kena keluar, (pergi kedai, taman, sekolah). tu memang tak dapat nak halang la kan. bagi aq, buat masa ni, aq jaga sendiri adalah cara terbaik mengelakkan sesuatu yang tak patut berlaku. 


i love my babies <3 <3


0 comments:

Post a Comment