Tuesday 19 March 2013

Children today vs children yesterday

beza teramat antara kita msa dulu dengan ank2 kita zaman sekarang.



dulu, pintu rumahnya sentiasa terbuka, mlm bru ttup. ank plak hilang entah ke mana. mak n bapaknya xpernah risau atau marah. "alah, nk mkan nsi karang dia blik la tu.. xpon maghrib karang balik le tu.." ckp maknya. keluar kg ni masuk kampung tu, rileks je.

sekarang, pntang ank hilang, mak bapak da risau siap buat report polis. pantang xda depan mata. sebabnya ank2 hanya boleh main di dalam ataupun di halaman rumah. paling jauh pon kt playground taman. tu je la. pintu rumah tertutup rapat.

dulu, boleh makan atas pangkin kat luar. hidang nasi. siap ajak ramai2. ank2 jiran pon join. kami pnggil berkelah. ank2 jiran datang bawa pinggan masing2.

sekarang, nak makan kat luar, makan kat kedai je. dah tak jumpa pangkin lagi da.nak makan pon segan bila jiran2 pandang pelik.

dulu, main galah panjang, main bola, main rounders,  dan macam2 lg. weekend kol 3 da kelau main. klu weekdays, abes sekolah agama terus berlari pergi uma jiran, nk main.

sekarang, video games, ipad, androids, ps3 dan lain2. paling takpun, menghadap tv. langsung xberpeluh. berebut remote ngn parents.

dulu, parit dan longkang, kawan karib.masa hujan paling seronok. peh.. heaven.. itulah swimming pool. lpas tu beratur masuk rumah, sambil bontot kena libas.

sekarang, tym hujan, masuk rumah. kalau main hujan, mesti demam.

dulu, pistol buatan sendri. potong kayu. guna terung bulat jadi peluru.

sekarang, pistol siap ada bunyi, ada lampu lip lap lip lap. harga rm10. sekali jatuh, terbarai.

dulu, pergi skolah naik bas atau basikal sendiri. parents xhantar pon. kol 6.30pg kua rumah. kol 2ptg blik. kol 2.30 ptg kua. kol 5.30ptg blik.

sekarang, 7pg keluar, 12tgh mlm blik. tu pun untung balik, ada yg xbalik2 terus. kadang2 mak bapak kna hantar depan pintu gate nak pastikan anaknya masuk kelas.

perbezaan dulu dan sekarang.



Tuesday 12 March 2013

pEngguNaaN tatabaHasa

assalamualaikum..

morning2..



hari ini saya akan memberi lecture mengenai tatacara penggunaan tatabahasa. memandangkan semua org memiliki akaun sosial, maka terdetik di hati untuk mengemaskini status. namun, ini bukanlah masalahnya..

yang menjadi masalah ialah apabila penggunaan tatabahasa yg salah dan tidak sesuai akan memalukan dri sendri dan menampakkan tahap kepandaian seseorang. (wah, skemanya.. haha)

1. penggunaan bahasa inggeris

gunakanlah bahasa inggeris yg betul.  cth ayat: i love u damn much..
nmpak x apa yg salahnya? damn tu bkn ke bermaksud jahanam. boleh refer di sini. kamu ckap syang tapi lpas tu jahanam. mcmna tu? dan lain2 lagi.

klau agak2 xberapa nk biasa (familiar) dgn certain words, better do not use it. bimbang tidak sampai apa yg ingin disampaikan. boleh jga nnti tersalah pemahamannya.

bukanlah berniat menghalang, tetapi, gunakanlah dengan betul. ini dapat mnunjukkan tahap kebijaksanaan seseorang. kita update status, memang tak nampak kalau org yg bca tu gelak. jd, kalau xberapa nk pasti, lebih baik jgn gna. guna bahasa melayu je.

moral of the story: klu nk gna jga, rujuk pd kamus.

2. penggunaan bahasa melayu

geli pon ada bla tgok ejaan yg agak mngarut. cth: titew = kita.
adoyai, cba la tulis elok2. yg xtahan lelaki pon leh gna ayt mcm tu.. isk.. kesiannya.


p/s: ingin dimaklumkan, saya pun bukanlah pandai sangat dalam berbahasa. cuma ingin membetulkan apa yg saya lihat perlu diperbetulkan. no offense.

pp/s: mmng hak kamu untuk mnulis. ini hanyalah teguran. ikut kalau mahu, jika tidak, lupakan. life goes on~