Friday 1 February 2013

paNtaNg sEMasa hamIL

terdapat banyak pantang-larang yang perlu dijaga sewaktu hamil. kebanyakannya telah diturunkan oleh orang2 tua dan kebanyakan pantang tersebut adalah betul. terpulang kepada individu untuk mengikutinya. cuma jangan nanti dek kerana tidak mengikuti pantang tersebut, kamu menyesal di kemudian hari sudah.

pantang makanan
  1. air tebu - orang tua2 cakap, tajam. bimbang gugur.
  2. air kelapa - pon tajam. takut gugur
  3. rebung - tajam. lagi satu, takut nanti anak berbulu lebat.
  4. nenas muda - tajam. bimbang gugur.
  5. telur ikan - disebabkan telur ikan tu belum menghasilkn seekor ikan. bimbang mempengaruhi kandungan.
  6. ubat2an - refer pada doktor. kalau doktor bagi greenlight, teruskan. kalau tidak, jangan memandai. ubat agak panas. boleh menyebabkan keguguran. kalau demam batuk sikit2, better tak payah.
  7. minuman berkarbonat esp: coke 
  8. elakkan jamu atau akar2 kayu kecuali dinasihatkan mak bidan.
akan tetapi, kalau da mengidam sangat tu, makan la cuma dalam kuantiti yang sedikit. jangan terlampau pula.

pantang perbuatan
  1. elakkan menghebahkan berita kehamilan sebelum usia kandungan 3 bulan. ini kerana dalam tempoh 3 bulan, kandungan anda sangat fragile. kandungan masih belum kuat. macam2 boleh berlaku. tujuannya, kalau berlakunya keguguran pada waktu tersebut, tak la segan sangat dengan orang yang dah tau anda mengandung.
  2. elakkan memakai bahan2 yang mengandungi bahan kimia. eg: facial. bimbang effect baby
  3. elakkan pergi berurut. kalau perlu, bgtahu tukang urut yg kamu sedang pregnant.
  4. elakkan senaman yg keterlaluan.
  5. elakkan daripada hentakan/gegaran. cth: naik motor.
  6. elakkan menonton cerita yg agk mengarut atau cerita sedih. contoh cerita2 alien atau cerita macam bersamamu kat tv3. tengok benda2 yang baik.
  7. elakkan suami daripada memancing. bimbang anak jadi sumbing macam mulut ikan yang dipancing.
  8. elakkan menyakiti haiwan. takut 'kenan'.
  9. elakkan memakai kasut tumit tinggi. cepat lenguh.
  10. elakkan berdiri terlalu lama. mudah saket pinggang.
  11. elakkan mengangkat benda2 yg berat.

tips: sapukan minyak (contoh: bio oil) daripada usia kandungan 3 bulan ke atas bagi mengelakkan perut jadi pecah2. nanti dah tak cantik :p

post ini hanyalah sebagai peringatan buat sahabat2 yang sedang dan akan mengandung. ini adalah antara pantang-larang yang mudah dan senang untuk diikuti. tetapi terpulang kepada diri masing2 untuk percaya atau tidak. saya hanya berkongsi. btw, sharing is caring.