Thursday 4 October 2012

riNdu kAmu~

Aq merinduimu.. ting tong.. (lagu iklan follow me kalau tak salah.. hehe) btw, ini adalah blog post yang agak serius. jadi, sila ketatkan muka anda.


Bahagian ke-2 daripada post kau pergi jua..

Masih membaca Yaasin tiap kali usai solat.. Ternyata aq amat merindui kamu.. Terasa sebak di dada.. Bukan tidak merelakan pemergianmu, cuma hati ini masih belum dapat kutenteramkan.. Kenyataan yang kau pergi dan tak kan kembali memamah hatiku..

Terkadang berguguran juga air mata ini apabila takungannya tak berjaya ku tahan.. Mungkin, belum bersedia melepaskanmu.. Tiada apa yang istimewa antara kita, tapi, entah mengapa, aq sangat menyayangimu.. Terkenang saat sewaktu bersamamu.. Masih jelas di ingatan.. Alhamdulillah.. Syukur Allah belum menarik nikmat itu..

Seseorang pernah berpesan, jika kita terkenang akan orang yang telah tiada, daripada kita bersedih, adalah lebih baik kita sedekahkan padanya Al-FATIHAH, dengan harapan, dia tenang di sana. Telah aq amalkan, tetapi makin laju air mataku mengalir..

Disebabkan selalu mengalirkan air mata mengenangkan dia, suamiku berkata.. tak baik menangis, nanti orang yang dah meninggal tu akan disiksa.. aq tahu, kebanyakan kita beranggapan sedemikian. namun..

maka bersabda Rasulullah saw, "tahukah kamu? sesungguhnya Allah tidak akan menyiksa kerana menangis semata-mata keluar air mata. Tetapi Allah akan menyiksa kerana tangisan yang merisaukan dan mengharukan hati". maksudnya, mayat akan disiksa kerana tangisan yang disertai ratapan.. wallahualam..

Amat berharap agar bacaan Yaasin yang kukirim, kau memperolehnya.. Aq fikir itulah hadiah yang terbaik dapat ku berikan.. Entah nanti siapa lah yang sudi menghadiahkan untukku pula bila tiba masa ku nanti..

Aq sayang kamu, selamanya.

Tuesday 2 October 2012

PeRempuaN n mEmbEbeL

semenjak dua ni, hubby selalu cakap, "mama ni, kuat membebel la..". tang~~ (sangat terasa di hati. huhu..)


perempuan dan membebel, memang tak dapat dipisahkan. terutamanya, ibu (aq tahu sebab aq pon ibu) kalau tak percaya, sila lihat ibu atau isteri anda.

ustazah cakap, orang yang kuat membebel ni, seorang yang kreatif. sebabnya, banyak perkara yang dia boleh cakap dalam satu masa. huhu.. manusia ni percakapan dia ada kuota (ni motivator pulak yang cakap). selagi tak habis kuota perkataan itu, selagi itu la dia tak boleh nak tidur (aq rasa betol gak).

Kenapa membebel? 
Lelaki tak nak dengar. kalau dulu masa bercinta, bil telefon beratus-ratus, sebab apa? sebab korang dengar awek2 korang membebel la kan. tapi waktu tu korang tak la cakap dia membebel, korang panggil, bercerita. harini buat apa, makan apa, pergi mana dan lain-lain. tapi bila da kawen, orang perempuan nak la cerita macam biasa, tapi korang tak nak dengar. itu yang jadi membebel. sebelum kawen = bercerita. lepas kawen = membebel. huh.. betul tak??

Mengulang hal yang sama, pon korang cakap membebel. tahu tak kenapa kami ulang hal yang sama, sebab korang buat benda yang sama. tak nak kena bebel benda yang sama, korang buat la benda lain. abes cerita.

Terlalu banyak yang nak dikongsikan. nak2 pulak surirumah sepenuh masa macam aq ni. tak ada siapa yang nak kongsi selain dengan suami. kang bergosip dengan jiran kang kata kami ni buat mesyuarat tingkap. jadi, kami ni nak la kongsi dengan suami tercinta. yang suami pulak, balik kerja, dah penat, kalau boleh nak tidur terus, tapi dengar lak isteri buka cerita macam2. padahal kuota kami ni tak habis lagi ni pasal tak bercakap dengan sesiapa lagi. jadi, tu yang jadi membebel tu.

apalah salahnya..
sebelum tidur, suami tanya la keadaan isteri, dan anak2 hari itu. buat apa arini? budak2 ok tak? dia gembira tak? n so on.. ini tak, yang ada telefon canggih manggih tu, sibuk menghadap fb,  atau internet. tak pun, letak je kepala, terus pengsan. kesian kat isteri tu. terkulat2 je. bukannya dia bising nak minta barang kemas ke apa. cuma nak bercerita. walaupun korang rasa dia membebel, dengar je la. tak memudaratkan pon kn. isteri pon makin sayang.
(tetiba aq rasa macam tengah membebel ;)

ini adalah luahan hati ikhlas seorang isteri bergelar suri rumah sepenuh masa. pada lelaki yang kat luar sana, ambillah iktibar. lebih baik la isteri tu membebel daripada dia simpan je. boleh jd barah di kemudian hari. (betul tak mommies?) heh~~

lots of luv,
WD