Thursday 4 October 2012

riNdu kAmu~

Aq merinduimu.. ting tong.. (lagu iklan follow me kalau tak salah.. hehe) btw, ini adalah blog post yang agak serius. jadi, sila ketatkan muka anda.


Bahagian ke-2 daripada post kau pergi jua..

Masih membaca Yaasin tiap kali usai solat.. Ternyata aq amat merindui kamu.. Terasa sebak di dada.. Bukan tidak merelakan pemergianmu, cuma hati ini masih belum dapat kutenteramkan.. Kenyataan yang kau pergi dan tak kan kembali memamah hatiku..

Terkadang berguguran juga air mata ini apabila takungannya tak berjaya ku tahan.. Mungkin, belum bersedia melepaskanmu.. Tiada apa yang istimewa antara kita, tapi, entah mengapa, aq sangat menyayangimu.. Terkenang saat sewaktu bersamamu.. Masih jelas di ingatan.. Alhamdulillah.. Syukur Allah belum menarik nikmat itu..

Seseorang pernah berpesan, jika kita terkenang akan orang yang telah tiada, daripada kita bersedih, adalah lebih baik kita sedekahkan padanya Al-FATIHAH, dengan harapan, dia tenang di sana. Telah aq amalkan, tetapi makin laju air mataku mengalir..

Disebabkan selalu mengalirkan air mata mengenangkan dia, suamiku berkata.. tak baik menangis, nanti orang yang dah meninggal tu akan disiksa.. aq tahu, kebanyakan kita beranggapan sedemikian. namun..

maka bersabda Rasulullah saw, "tahukah kamu? sesungguhnya Allah tidak akan menyiksa kerana menangis semata-mata keluar air mata. Tetapi Allah akan menyiksa kerana tangisan yang merisaukan dan mengharukan hati". maksudnya, mayat akan disiksa kerana tangisan yang disertai ratapan.. wallahualam..

Amat berharap agar bacaan Yaasin yang kukirim, kau memperolehnya.. Aq fikir itulah hadiah yang terbaik dapat ku berikan.. Entah nanti siapa lah yang sudi menghadiahkan untukku pula bila tiba masa ku nanti..

Aq sayang kamu, selamanya.

0 comments:

Post a Comment