Saturday 19 January 2013

aDab peNgantiN baRu

assalamualaikum..

memandangkan sekarang tengah musim orang buat kenduri kahwin. jadi mari kita bincang mengenai adab2 buat bakal pengantin baru supaya nanti tak lah termalu sendiri (berdasarkan pengalaman majlis sendiri serta majlis rakan2).



gambar praperkahwinan/gambar kahwin
saya tahu bakal2 pengantin sangatlah teruja tentang hari persandingan. tak lengkap rasanya bergambar kahwin kalau tiada gambar praperkahwinan atau gambar semasa majlis. bergambar tu tak salah. yang menjadi salah ialah apabila gambar2 tersebut memaparkan aksi yang tidak sesuai dipertontonkan kepada khalayak umum. contohnya gambar bercium atau berpelukan atau berdukung-dukungan. saya rasa kalau ye pon sebagai kenangan tapi tak perlulah bergambar sedemikian. nampak macam kemaruk sangat da. cukuplah aksi2 itu hanya untuk di dalam bilik antara pasangan sahaja. memang la anda berdua sudah sah menjadi suami isteri tetapi, di mana hilangnya rasa malu?  tak payahla dok tayang satu dunia.

lagi satu pasal gambar kahwin. kalau ye pun sibuk nak bergambar masa majlis, tolonglah.. jangan tinggalkan majlis selagi majlis belum selesai. orang datang kenduri nk tengok pengantin. dah kalau pengantinnya takde, buat apa datang. kalau setakat nak makan, kat kedai pon ada. kalau tak sedap siap boleh marah lagi. ni dah la lauk xberapa nak ehem ehem lagi lak pengantin tak de. membazir betul datang. kesimpulannya, ambil gambar waktu lain. set dengan photographer tu. korang yang bayar dia ke dia yang bayar korang :p

bertegur sapa
yes, saya tahu pengantin2 ni  tak cukup tangan nak layan tetamu. tetapi, tolonglah,hargai tetamu yang hadir, bukannya nak ajak borak2 sambil makan. jumpa sekejap pon tak apa. at least pengantin pergi jumpa,cakap terima kasih datang. bagi berkat ke bunga telur ke.. tu adab namanya.. orang tu entah datang dari ceruk mana, bila pengantin tegur, rasa macam dihargai. baru la orang tak mengata. tak payahlah duk sibuk nak bergambar. bergambar tu bila2 pon boleh. tetamu tu bukan selalu jumpa. nak2 pulak yang jauh datangnya.  

yang buat kt kampung. siap ada rewang lagi. diorang da bersusah payah masak untuk majlis korang. bukannya bayar pon. paling x orang rewang dapat tuala good morning dengan kain pelikat je. jadi, apalah salahnya pergi salam makcik2 ke pakcik2 yang bersusah payah dua tiga hari dok potong bawang kerat lembu tu. cakap terima kasih. ajak makan. kesimpulannya, hargai tetamu dan orang rewang.

pregnancy test
ini antara trend yang agak hangat. "yeay.. i'm pregant".. tulis capslock kt fb, pastu tempek gambar pregnancy test kit kat bawah tu. adoyai.. tak malu? segan? apa yang nak malu? apa yang nak segan? ni ceq nak habaq mai kat hang ni. nak buat pregnancy test tu kamu, kamu dan kamu letak apa kat bahagian sampel tu? air paip? air sirap? ye betul.. air kencing.. bahasa halusnya air kecil.. tak segan ka p dok tayang kat orang? even tak nmpak tapi org tau. sampel untuk pregnancy test ialah air kencing. apa ke pengotornya air kencing pon nk tampal kat fb. sma la mcm: "yeay.. i'm period" pastu tampal gambar pad yang dah siap basuh tu (tu pun masih boleh dikira ada rasa malu, kalau tak, letak gambar pad berd**** tu). ok tak? malu la sikit.. kesimpulannya, bagitahu yang korang dah pregnant sudah. tak payah lebih2.

ini hanyalah pandangan saya sahaja buat teman2 yang bakal menjadi raja sehari. tiada paksaan dalam melakukannya. cuma adab2 mudah yang perlu di jaga oleh bakal pengantin supaya majlisnya lebih baik. dengan harapan majlisnya berjalan dengan lancar dan diberkati.