Monday 24 September 2012

Kau pergi jua..

Tanggal 22 September 2012, jam 6.00 ptg, perginya nenda tersayang menghadap Illahi.. Kesedihan terasa walaupun kami tidaklah selalu bersama. Tetapi entah mengapa, hati ini tersangat sayu, pilu menerima berita itu. Apa yg membuatkan ku benar2 bersedih apabila sedar yg pemergiannya itu takkan kembali lagi..

Tiada lg kedengaran suara garaunya, deheman batuknya, tarikan nafasnya, kata2 semangatnya serta pancaran kasih sayangnya.. Tubuhnya yg kurus kering dimamah usia kini takkan terlihat lg.. Entah apalah nasibnya di rumah baru itu.. Rumah baru bernombor 313. Rumah baru yg ada penghuni tapi tiada kelihatan susuk tubuhnya..

Ku harap kau tenang di sana.. Bersama anakanda mu yg telah dlu pergi meninggalkan kita 17 thun yg lalu.. rumah lamanya bernombor 196.. Ku harap kamu berbahagia.. Akan ku kirimkan apa yg termampu buat kamu berdua.. Yaasin atau apa sekalipun.. Dengan harapan kamu dapat merasai kasih sayangku..

Sewaktu kau masih ada, tidak pernah sekalipun ucap maaf keluar dari bibir ku.. Kerana aq tak sanggup, tak mahu mengakui yg pada bila2 masa kau akan pergi.. Doc: "dia mmng dah tiada harapan. Bila2 msa boleh collapse.." Ikhlasnya, aq tak mahu kau pergi.. Walau aq tahu, siapalah aq ini untuk menolak suratan Illahi.. Kau bukan milikku.. Kau milik Dia.. Walau aq tahu kebenaran yg amat menyakitkan itu.. Pedihnya masih terasa.. 

Maafkan aq atas segala kesedihan yg telah ku lakukan sewaktu di hujung hayat mu.. Aq hanya insan biasa yg tak terlepas dari salah membuat perhitungan.. I'allah, semuanya akn ku perbaiki nnti.. Cma masa yg boleh menentukan semua itu.. 

Ku harap kau mengingati hanya saat manis dengan ku.. Kerna, apa yg kulakukan itu hanya untuk kamu.. Untuk kamu..

Saat kau masih ada, tidak dapat aq berbakti padamu seperti selayaknya.. cuma memberikan apa yg termampu.. Itu ikhlas.. Bkn rasuah seperti katamu.. Jgn risau, aq tahu kau cuma bergurau.. Pernah kau kata.. Biarlah pergi cepat2, bimbang org benci melihat, menjagamu.. Akhirnya, impianmu tercapai.. Kau pergi jua..

Saat terakhir bersama mu, kau telah terbaring kaku.. Tiada daya aq melihat wajahmu, kerana aq tahu, kau yg terbaring di situ.. Tidak bernyawa.. Itu lah yg aq kesali.. Tidak dapat menatap wajah mu dengan lebih lama.. Diam di sisi mu..menghadiahkan bacaan yaasin walaupun satu.. Keadaan tidak mengizinkan.. Maaf kan aq..

Cuma sekarang, aq bimbang, aq takut akn terlupa wajah tuamu.. Ya Allah, janganlah kau tarik nikmat itu.. padaMu ku bermohon.. Setelah kau ambil dia dariku.. Kau tinggalkan lah secebis memori ku tentang dia.. Kerana, hanya itu yg tinggal..

Tp apa pun yg terjadi, ku harap kau tahu.. Kasih sayangku tetap ada untuk kamu..

Wan, akak sayang wan.. Selamanya..



Tribute to: Ramli Ahmad (nenda kesayanganku..)
Uhibbukum fillah..

Innalillahi wa inna Ilahi rajiun..

2 comments:

Anonymous said...

How To Make Money From Slots Online - Work To Make Money
The basic process involves picking the minimum amount you want to bet and how much you want to win. หาเงินออนไลน์ If you are unsure of the minimum amount, try playing

walwinocheltree said...

Grand Victoria Casino & Hotel - Mapyro
The Grand Victoria Casino 포천 출장마사지 & Hotel is 안산 출장마사지 one 성남 출장안마 of the most recognizable and iconic resorts in 삼척 출장마사지 Australia. The casino, which features 익산 출장샵 slot machines, table games, and

Post a Comment