Wednesday 24 April 2013

TIPS SEBELUM MELAHIRKAN (DELIVER) BAYI

Assalamualaikum..

Panduan buat ibu2 yang bakal melahirkan..



Ikut kelas pra-natal.
 Selalu kt klinik2 ada terdapat kelas2 pra-natal. Ini dapat menambahkan pengetahuan dan memberi persediaan mental dan fizikal sebelum ketibaan orang baru dan semestinya kelas2 ini ada yuran.

Minum air kelapa.
 Disyorkan pada hujung2 kehamilan. ini kerana, kadang2, terdapat semacam kerak atas kepala baby yg bru lahir yang ambil masa untuk hilang. jadi, tips untuk mengelakkan daripada kerak tersebut muncul, minumlah air kelapa. air kelapa kan fungsinya untuk membersihkan.

Main puting (nipples).
 Macam kasar bunyinya. tetapi itu memang kenyataan. main atau urut sekitar puting supaya puting timbul. ini akan memudahkan proses penyusuan bayi. sebab, kebanyakan ibu yg pertama kali mengandung, putingnya masih tenggelam. kalau puting tenggelam, baby susah nak cari. nak2 pula bila air susu dah banyak. lagi 'belengas'.

Jangan meneran sewaktu buang air besar.
 Selalunya dalam trimester ke3, ibu2 akan susah untuk membuang air besar. Jadi, mereka akan terdorong untuk meneran. Elakkan daripada meneran kerana boleh membawa kepada buasir.

Bersihkn bulu2an yang ada di kawasan 'x'.
 Kalau bleh trim sikit ataupun cukur. Kalau agak susah nak buat sendiri, minta tolong suami. ini bagi memudahkan proses kelahiran. Bagi doktor senang nak nampak. Tak la doktor kompius, rambut babi ke rambut ibunya..

Sediakan barang2 secukupnya.
 Sediakan barang2 ibu dan bayi secukupnya. asingkan barang yang akan dibawa ke hospital, letakkan di dalam kereta supaya mudah untuk dibawa.
  
Tempah mak bidan awal2.
 Mak bidan zaman sekarang nak kena buat appointment terlebih dahulu. Sekarang, jumlah mak bidan dah semakin berkurangan (tak ramai orang yang pandai mengurut ni..), tapi clientnya terlalu ramai. jadi buatlah booking seawal kehamilan memasuki bulan ke6.


Tu je la panduan buat masa ni.. diharap sikit sebanyak dapat membantu ibu2 yang pertama kali mengandung.

Wallahu'alam..



0 comments:

Post a Comment